KRISIS KEWANGAN GLOBAL ( pengenalan, punca, impak)

 PENGENALAN

apa itu krisis kewangan global? bagaimana ia berlaku? 

Asia menarik hampir setengah dari aliran modal negara yang membangun sehingga tahun 1996. Namun, Thailand, Indonesia dan Korea Selatan memiliki "current account deficit" dan pemulihan kecepatan pertukaran yang menggalakkan pinjaman luaran dan menyebabkan keketerbukaan yang berlebihan daripada risiko pertukaran mata wang asing dalam sektor kewangan dan perusahaan.

    Ada pakar ekonomi berpendapat bahawa negara China merupakan faktor utama yang menyumbang kepada berlakunya krisis. China telah mula bersaing secara agresif dengan pengeksport Asia yang lain terutama pada tahun 1990 seperti Thailand dan Inonesia. Pada masa itu, pengimport Barat mencari pengeluar yang lebih murah dan menemukannya di China yang nilai mata wangnya lebih rendah berbanding dolar.

    Pada pertengahan 1997, krisis ekonomi Asia bermula dan mempengaruhi mata wang, pasaran saham dan harga aset beberapa ekonomi Asia Tenggara termasuklh Malaysia. Bermula dengan kejadian di Amerika Selatan, pelabur barat mula hilangan kepercayaan terhadap kestabilan ekonomi di Asia Timur dan mula menarik kembali wang pelaburan mereka.


PUNCA - PUNCA KRISIS KEWANGAN GLOBAL



i) Peranan Spekulator Mata Wang

- Spekulasi dibuat dalam pasaran saham walaupun menghadapi risiko besar

- Negara terlibat : Korea, Thailand, Indonesia, Filipina dan Malaysia

- Dalang utama : George Soros (penyagak mata wang dunia) bertujuan memporak-perandakan

negara miskin serta membangun khususnya ASEAN.

- Beliau serta konconya yang menguasai pengurusan dana asing besar berpakat menyerang pasaran

ASEAN bagi menyekat kelahiran "harimau ekonomi".

- Hong Kong turut diserang serta menyekat kemaraan China sebagai gergasi ekonomi rantau pasifik.

- Kebangkitan China yang bakal mengubah pusat ketuanan politik dan perdagangan antarabangsa  dibimbangi oleh barat. 

- Di ASEAN sahaja kira-kira 50 juta rakyat keturunan China memiliki hampir AS $ tiga trillion harta serta sebagai pelabur aktif.

- Oleh itu antara langkahnya adalah melemahkan pasaran ASEAN.


ii) Krisis Keyakinan Dan Penularan.

- Faktor teknikal juga perlu diambil kira kerana melibatkan keyakinan pihak pedagang mata wang dan

pelabur terhadap sesuatu mata wang yang diniagakan.

- Faktor utama yang melibatkan mata wang dipengaruhi oleh keadaan politik dan ekonomi.

- Realitinya sekiranya keadaan politik sesebuah negara kurang meyakinkan maka para pelabur, pedagang mahupun spekulator akan menjual mata wang negara tersebut di pasaran.

- Perkara tersebut menyebabkan para pelabur kurang yakin terhadap mata wang negara-negara Asia.

- Pertumbuhan ekonomi yang pesat di Asia Tenggara menyebabkan pertumbuhan pesat kredit sektor swasta dan inflasi harga aset termasuk di pasaran hartanah dan pasaran saham.

- Perkara ini menyebabkan kebimbangan bahawa kadar tukaran para pelabur ini tidak dapat dipertahankan.

 

 iii) Integrasi Dan Pasaran Sejagat

- Sesebuah negara terintegrasi ke dalam sistem pasaran kewangan global yang akan menjadi sebagai penentu kepada kadar krisis ini dirasai.

- Ini kerana sifat turun naik kadar pertukaran di Asia sebahagian besarnya disebabkan oleh peralihan dalam aliran modal dan hilang kepercayaan yang bersifat self-fullfilling (memerlukan ketepatan ramalan)

- Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad Pernah berucap di tokyo bahwa krisis kewangan di Asia adalah suatu bentuk penjajahan cara baru untuk menguasai sesebuah negara melalui globalisasi ekonomi.

- Senario yang menakutkan adalah kemungkinan sebuah dunia tanpa sempadan dan tanpa peraturan akan menangggung kesan penaklukan mutlak golongan kapitalis dan kolonialis baharu.

- Teori imperialis mengatakan bahawa sesebuah negara kaya boleh serta merta miskin tanpa dicederakan.

 

iv) Kelemahan Polisi Dan Ekonomi Dalaman 

- Masalah sikap menunding jari (menyalahkan pihak lain) semata-mata tanpa melihat kelemahan diri sendiri merupakan tindakan yang kurang tepat serta tidak wajar.

- Walhal para pedagang mata wang yang oportunis terhadap peluang-peluang pelaburan yang memberi keuntungan tapi secara kebetulan negara Asia yang sedang membangun gagal melaksanakan polisi ekonomi lantaran ingin merasai pembangunan dengan cepat dan berterusan.

- Pertama : ekonomi yang tumbuh melebihi potensi sebenar, seperti negara yang sedang membangun Thailand, Malaysia dan Indonesia, pelbagai pendekatan diamalkan memantapkan ekonomi.

- Kedua : defisit akaun semasa dalam imbangan pembayaran di mana urus niaga barangan direkodkan, perkhidmatan dan bayaran pemindahan. Kesannya sekiranya brangan import lebih tinggi.

- Ketiga : produktiviti yang rendah dan pertumbuhan kredit dalam sektor yang tidak produktif.

 

 v) Peringatan Daripada Tuhan

- Teori ini berkait dengan agama akan tetapi agak sukar ditafsirkan.

- Sesuatu yang berlaku adalah dikatakan akibat daripada perbuatan manusia yang bertentangan dengan ajaran agama menyebabkan musibah melanda.

- Oleh itu setiap individu hendaklah mengambil pengajaran daripada perkara yang berlaku dengan mengambil iktibar musibah sebelumya denga masa kini.


IMPAK KRISIS KEWANGAN GLOBAL 

- Jumlah pengangguran juga telah meningkat 5.8% (1984) kepada 8.5% (1985)

- kerajaan telah mengambil langkah dengan meningkatkan perbelanjaan walaupun ekonomi merosot. Kebanyakkan perbelanjaan merupakan perbelanjaan mengurus seperti pencen dan bayar geran. Ini meningkatkan lagi defisit akaun semasa Kerajaan Persekututan daripada RM557juta (1986) kepada RM2 billon (1987).

 - Kejatuhan mata wang negara yang menggegarkan pasaran saham seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali apabila menyaksikan ringgit mencecah sekitar RM4.15 sedolar.

- Pelabur asing hilang keyakinan untuk berlabur di Malaysia

- Projek infrastruktur mega yang berjumlah lebih daripada 60 billion terpaksa ditangguhkan




Comments

  1. Replies
    1. terima kasih kerana sudi membaca bahan blog kami :)

      Delete
  2. perkongsian yang menarik dan mudah difahami

    ReplyDelete
  3. Ouhh rupanya banyak juga ye negara yang terlibat dalam krisis ni 🤔 penjelasan yang mudah difahami. Terima kasih 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama - sama dan terima kasih juga sudi membaca bahan di blog kami :)

      Delete
  4. Semoga krisis kewangan tidak berlaku lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Krisis ni membawa banyak impak negatif kepada negara :(

      Delete
    2. Penerangan yang jelas dan mudah untuk difahami.

      Delete
  5. Menarik, mudah faham Dan terbaik

    ReplyDelete
  6. Menarik, mudah faham Dan terbaik

    ReplyDelete
  7. Terbaik afiqah. Kerja yang menampakkan hasil dan menambahkan pengetahuan am 👍🏻👍🏻

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog